- 0 comments

MANUSIA BERSIFAT HEWAN

HAMBA Allah itu jika sifat insaniahnya punah
lahirlah sifat haiwaniahnya
Rupanya manusia jiwanya haiwan
Wajahnya manusia tabiatnya binatang
Berbagai-bagai haiwan ada di dalam jiwa insan
Tabiat babi, buruk makan dan sangat membawa kekotoran
Tabiat anjing adalah tamak,
apa sahaja hendak dijadikan rebutan
Akhirnya berkelahi sesama insan,
macam anjing mendapat tulang
Bertabiat kuda, suka menendang
Menggambarkan keangkuhan dan kesombongannya
Bertabiat lembu atau kerbau,
bodohnya dan bebal payah diajar
Di dalam bodoh-bodoh pun
suka menanduk sekalipun tuannya
Bertabiat musang, suka menipu daya
Kerja musang mencuri dan mengambil ayam-ayam
dan buah pisang orang
Begitulah manusia yang bersifat musang,
suka sahaja menipu orang
Bertabiat singa, garang dan menerkam
Manusia yang suka menzalim dan menganiaya orang
Tanpa belas kasihan
Yang penting mendapatkan mangsanya agar perut kenyang
Bertabiat ular sawa, apabila kenyang aktif tiada
Suka tidur-tidur sahaja
Begitulah manusia ada yang apabila terlalu kenyang,
malas pun tiba
Suka tidur dan rehat-rehat sahaja

0 comments:

Post a Comment

Terimakasih untuk tidak memberikan Komentar yang bersifat SARA & Profokatif dan kami tidak bertanggung jawab atas komentar pengunjung